Semasa saya pergi ke pejabat Pos untuk menjelaskan bayaran bil, saya terserempak dengan seorang pakcik ( Pak Hassan ). Pak Hassan merupakan kawan kepada tok wan saya. Selepas selesai urusan di pejabat Pos, Pak Hassan mengajak saya pergi minum.Oleh sebab kenal, jadi saya terima pelawaan Pak Hassan untuk minum di sebuah kedai yang berdekatan. Sambil-sambil tu boleh sembang apa yang patut. Saya sebenarnya memang sudah lama tidak berjumpa Pak Hassan ni. Ini pun sebab terjumpa dekat pejabat Pos tu. Pak Hassan ni rasanya saya dah boleh panggil tok wan kalau tengok dari fizikal dan raut wajah dia. Agak tua juga seakan sebaya dengan tok wan saya. . Arwah tok wan saya dulu cikgu sekolah, jadinya tidak pelik sangat kalau banyak orang kenal. Masa dia meninggal dulu pun banyak anak-anak murid dan kawan-kawan dia yang datang menziarah. Adat orang jenis suka berkawan macam tu la. Ramai kenalan sana sini.
Hampir dekat dua jam juga saya duduk bersembang dengan Pak Hassan tu. Macam-macam topik perbualan yang kebanyakannya berkenaan dengan benda-benda dan kisah-kisah klasik. Bila seorang orang tua dan seorang anak muda yang kurang sikit pengetahuan tentang benda-benda lama ni duduk semeja, topik perbualan yang sebegitu adalah paling sesuai dan santai. Takkan hendak cerita pasal iPad yang baru keluar tu kot. Nak cerita pasal cerita Slot Akasia Adamaya di TV3 (masa tu tengah hot Adamaya) yang budak budak sibuk dan seronok layan itupun macam tidak kena juga. Lagi pula saya pun baru sekali saja tertengok cerita tu. Kalau dua tiga kali saya tengok rasanya boleh terjebak sekali ketagih ni.
Ketika saya meminta diri untuk pulang dahulu, Pak Hassan hulur sekeping not warna merah suruh saya ambil. Duit minyak katanya. Mulanya saya tolak dengan penuh hormat. Lagi pun apa sangatlah jarak dari rumah saya itu. Tidak jauh mana pun. Pak Hassan suruh saya ambil juga. Katanya, " Kalau ada duit sejuta pun kalau orang bagi dekat kita kena ambil. Tu rezeki kita. Jangan tolak rezeki yang datang sebab kita tak tahu lagi rezeki kita ke depan macam mana". Lebih kurang macam tu ayat dia. Saya pun angguk sambil capai not warna merah tu. Memang betul pun apa yang dia cakap. Makan dalam juga ayat dia tu.
BICARA SANG PUTERI: Berbual atau bersembang dengan orang yang lebih berusia dan lebih berpengalaman membuatkan kita sebagai anak muda sentiasa berhati-hati ketika berbicara dan menggunakan bahasa yang sopan....d(^_^)b
~Zulayka Kaka~
pelajar sepenuh masa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Suka berkongsi ilmu dan apa sahaja....
"Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka..(^_^)
0 comments:
Post a Comment