Latah seperti juga amuk merujuk kepada tindak balas spontan dan di bawah sedar individu yang disebabkan oleh fikiran dan emosi yang terganggu seperti terkejut, keliru atau stres.
Latah dikatakan sindrom budaya pantul serta silang budaya yang eksotik dan stereotaip dalam kalangan masyarakat Melayu. Malah, latah juga dikategorikan sebagai salah satu penyakit dan misteri. Bagi masyarakat Timur, khususnya masyarakat Malaysia, latah tidak dilihat sebagai penyakit. Hal ini demikian kerana jika latah merupakan sejenis penyakit, setiap penyakit tentulah ada penawarnya. Namun, sehingga kini belum ada lagi penawar untuk “penyakit” latah, dan sehingga kini juga, belum ada lagi mana-mana individu yang kuat melatah yang cuba mendapatkan rawatan secara profesional.

Latah dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya dalam masyarakat Melayu lebih dilihat sebagai hiburan dan budaya yang unik yang termanifestasi melalui bahasa dan tindakan individu apabila melatah yang melibatkan bahasa lisan ataupun bukan lisan yang merangkumi bahasa badan, ekspresi muka, postur, gerak isyarat yang berlaku secara spontan, peniruan dan pengulangan akibat kejutan dan usikan yang dikaitkan dengan psikosomatik individu yang melatah.
Reaksi individu yang melatah adalah pelbagai. Ada yang menari, melompat, mengeluarkan kata-kata kesat, lucah, kotor, meniru aksi orang di sekeliling atau sebagainya. Tingkah laku itu mungkin dianggap satu bentuk hiburan kepada orang lain. Bahkan, sesebuah majlis perkahwinan atau kenduri kendara seakan-akan hilang serinya tanpa gelagat mereka yang melatah.
Semakin diusik atau disergah, semakin rancak mereka melatah.
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, latah bermaksud seseorang (biasanya wanita) tidak sedar apa yang dilakukan, mengikut perbuatan atau suruhan orang lain tanpa disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu secara tidak sengaja kerana terperanjat.
Ironinya, ramai yang menyangka latah sering berlaku dalam kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas. Sedangkan hakikatnya, latah juga boleh berlaku dalam kalangan orang muda tanpa mengira jantina. Sebelum ini, saya fikir latah hanya berlaku kepada wanita berumur. Tetapi, sangkaan itu meleset apabila didapati ramai yang mula melatah pada usia 22 tahun.
Pantang dicucuk, disergah atau terdengar bunyi mengejut, pantas saja melatah.
Justeru, apabila kerap bertemu rakan yang juga melatah, kesannya kedua-dua mereka akan melatah tanpa henti apabila terkejut. Lebih menjadi haru-biru apabila ada orang lain yang mengetahui kelemahan mereka akan mengambil kesempatan yang membuatkan mereka terus melatah.

Situasi:
Jiran sebelah rumahku dihuni oleh seorang nenek yang cukup suka melatah. Nenek itu dikenali sebagai Esah latah. Mungkin dia mendapat gelaran itu di kampung kerana sikapnya yang suka melatah. Setiap petang nenek tersebut akan menyapu sampah di depan rumahnya. Abang sulungku pula suka mengusik nenek tersebut. Aku teringat lagi semasa nek Esah Latah sedang menyapu sampah di bawah pokok, secara tiba-tiba abang sulungku menyergah dari belakang. Secara spontan nek Esah melatah dan terus mengangkat penyapu dan mengejar abangku. Terpaksalah mereka berkejaran di bawah pokok. Peristiwa tersebut sangat lucu bila aku terkenangkan kembali. Walaupun melatah dianggap sebagai bahan senda gurau, tetapi perlu diingat bahawa kadang-kadang tindakan spontan si latah akan mengakibatkn kecederaan jika melibatkan alat-alat tajam. Hal ini disebabkan si latah dalam keadaan separuh sedar dan tidak sedar tindakannya. Tambahan lagi, tanpa kita sedari latah boleh menyebabkan individu tersebut berada dalam keadaan bawah sedar, hilang kawalan dan kepenatan.
BICARA SANG PUTERI: Masih tertanya-tanya samada melatah itu merupakan budaya bahasa masyarakat Melayu sejak dahulu atau penyakit??
1 comments:
aiii....saya ada sorang kawan yang kuat melatah...hehe:)
Post a Comment