CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
...PerJalaNan MenGumPuL 1001 PenGaLaMaN hiDuP....

Saturday, March 12, 2011

:: Situasi 40: Mana Hilangnya Bahasa Melayu..?? ::

Assalamualaikum..



Sekarang ini di universiti-universiti di Malaysia banyak yang sudah menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar. Walaupun pada mulanya ramai yang tidak bersetuju dengan idealogi ini, tetapi sekarang sudah mula menunjukkan perubahan di mana para mahasiswa mula menunjukkan pemahaman bila belajar dalam bahasa Inggeris ini..


Tapi kenapa MEMILIH bahasa Inggeris, mana pergi bahasa Melayu..??


Bahasa melayu tetap ada dan tidak pernah disingkirkan oleh bangsanya sendiri cuma dah jadi BUDAYA zaman sekarang di mana penggunaan bahasa Inggeris mampu mencerahkan peluang untuk memperoleh samada pekerjaan atau tempat belajar yang lebih baik..


Saya sudah jumpa ramai kawan-kawan saya yang dapat band 4 dan band 5 dalam MUET (MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST) di mana band 4 atau 5 itu sudah dikira mereka sudah dapat memahami dan bertutur bahasa Inggeris ni dengan baik tetapi apabila berjumpa dengan rakan-rakan, bahasa Melayu menjadi keutamaan dan menjadi medium untuk berkongsi cerita..

Lagipun banyak kelebihan untuk mereka yang mampu menguasai banyak bahasa ini.. tidak perlulah saya bagi syarahan pula sebab kita sendiri pun sudah tahu kan.. Tapi bagi saya dan ini hanya pendapat saya semata-mata.. saya rasa bahasa melayu lebih menarik dan lebih sesuai digunakan..

contoh.. kalau dalam bahasa Inggeris, I tu bermaksud aku, saya, eden, dan sebagainya digunakan untuk membahasakan diri walaupun untuk bercakap dengan sesiapa pun tetapi bagi bahasa melayu. saya, aku, di mana penggunaanya boleh  bertukar bergantung kepada sesiapa yang kita bercakap, saya bila becakap dengan orang tua kita, manakala aku pula lebih sesuai digunakan untuk kawan-kawan.. 

Apa yang saya tulis  hanyalah pendapat saya semata- mata.. anda pula macam mana..?

BICARA SANG PUTERI: Kawanku berkata dia pernah dengar seorang pensyarah cakap macam ni.. "Ramai budak malay speak campur-campur.....ape kene dengan they all nih?".. lawak kan.haha

:: Situasi 39: Luahan Hati Seorang Pelajar ::

Saya terbaca blog seorang pelajar yang meluahkan perasaannya tentang PPSMI ( Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ) yang akan dimansuhkan.
Sila ikuti luahan hati pelajar tersebut:
                       

Hurm,aku tulis blog ni pon pasal aku kasihankan masa depan anak-anak melayu akan datang.Ini adalah pendapat aku.Terpulang kepada korang mahu menilainya atau tidak.Well,bile kerajaan mengumumkan bahawa ppsmi akan dimansuhkan aku tidak lah terkejut sgt sbb kerajaan dh bnyk kali terima kutukan dan tekanan daripada pihak yang kononnya memperjuangkan bangsa melayu.Aku secara ikhlasnya tidak setuju ppsmi itu dimansuhkan.AKu ada sebab tersendiri yang aku rasa korang pon boleh menilainya berdasarkan kewarasan akal fikiran.

AKu merupakan bekas pelajar sekolah dibawah sistem PPSMI.Syukur alhamdulillah,aku berjaya memahami subjek sains dan matematik di dalam bahasa inggeris.Parents aku tidak mempunyai kelulusan yang tinggi dan berasal dari kampung.Namun,mereka tidak membantah keputusan kerajaan pada waktu itu.Malah mereka mengalu-alukan keputusan tersebut.Ye lah,orang kampung..mne reti speaking kan?Skipping taw lah.Pada mulanya aku memaki hamun kerajaan kerana menyusahkan aku.Maklumlah,masa aku drjh 6 bahasa melayu,ttba form 1 kne inggeris.Hangin lah aku.Tapi aku anggap itu sebagai satu cabaran.So aku terus utk cuba faham bahasa inggeris walaupun lidah aku ni berbelit dgn ngomong jawa(i'm jawa ok).Sekolah aku terdiri daripada 50% bumiputera,30% cina dan 20% india.SO,aku gunakan inisiatif ini dengan mempelajari bahasa inggeris dengan bangsa bukan bumiputera.SO,sekarang ini aku boleh lah speaking ckit2.Hurm,well itu serba sedikit sejarah aku semasa sistem ppsmi.Nak taw kenapa aku sokong ppsmi?


Hujah pertama:
AKu sekarang merupakan pelajar universiti di dalam bidang asasi sains hayat.Di universiti,sistem pembelajarannya di dalam bahasa inggeris.Oleh itu,aku sangat bersyukur kerana sedikit sebanyak aku berjaya menguasai bahasa inggeris ini dan mudah faham dengan ape yang lecturer ajar.Begitu juga dengan rakan2ku.Semua mudah faham.Nak taw kenapa?Of coz lah,kitaorg dh 5 tahun dengan bahasa inggeris.So memanglah kitaorg faham.Cuba ttba lecuter ajar dlm bm,mampus kitaorg x fhm.
Cuba korang bayangkan yang korang belajar sains dan matematik di sekolah dalam bahasa melayu.Tetiba bile naik universiti ttba belajar dalam bahasa inggeris.Korang rasa,korang faham x?Sebagai contohnya,copper..dalam bm disebut kuprum,ttba bile masuk u,lecturer sebut copper.Mampus korang sure balik bilik,cari kamus copper tu ape.Dh buang masa.So korang dh ley pkkan kebaikan ppsmi ni?Pembelajaran sains dan matematik di universiti adalah di dalam bahasa inggeris.Sekiranya korang dh terbiasa guna bahasa melayu di skolah,then ttba masuk u guna bahsa inggeris,lagi lah korang culture shock.Tul x kwn2?

Hujah kedua:
Petang tadi,aku baru balik dari harris kt jj tebrau.Niat di hati nak cari buku chemistry.Tapi tak jumpa.AKu x kisah lah,sbb tukang jual tu kata buku tu dh habis.Tapi aku lagi pelik,aku tak jumpa pon buku rujukan sains dan matematik dalam bahasa melayu.Aku tanya penjual tu,"Abang,x de ke buku rujukan peringkat universiti dalam bahasa melayu?".Penjual tu cakap,"mana ade adik,sekarang universiti guna bahasa inggeris...seiring dengan peredaran zaman"...
Hurm,bermakna anak-anak melayu zaman akan datang,bakal ditimpa kesusahan kerana apabila mereka belajar dalam bahasa melayu bermakna mereka mesti cari buku rujukan bahasa melayu.Takkan lah korang nak beli buku bahasa inggeris dan terjemahkan dalam bahasa melayu pastu tulis dlm bahasa melayu.Buang masa dan satu tindakan yang bodoh bebal dan babun(3B).Oklah aku cabar sesiapa yang baca blog ni sila tunjukkan aku buku rujukan peringakt universiti dalam bahasa melayu dalam bidang sains dan teknologi.Aku nak tgk......Aku nak korang buktikan bahawa aku ni salah.

Hujah ketiga:
PPSMI itu merupaka satu perpaduan.Nak taw kenapa?ok,kerajaan cakap apabila PPSMI dimansuhkan sekolah kebangsaan akan belajar dalam bahasa melayu,manakala sekolah jenis kebangsaan guna bahasa ibunda.Korang rasa,kaum bukan bumiputera nak ke belaja sains dan matematik dalam bm?DIorg nak ke?Confirmlah diorg x nak.SO,better diorg gi skolah jenis kebangsaan yang guna bahasa ibunda.So,apabila hal ini berlaku,maka tidak ade pergaulan diantara kaum2 di malaysia.Jadi kita tidak rasa bahawa kita ni satu malaysia.Kita pon x akan belajar adat dan budaya kaum lain.Hilang lah simbol perpaduan,hilanglah konsep 1malaysia.Perpaduan teras kejayaan.PPSMI dimansuhkan langkah kemusnahan.


SO,korang fikirkan lah yer untuk masa depan anak-anak melayu kita.Sudah lah kita dijajah dibumi sendiri.Ilmu kita pon dihadkan pula.Di mana demokrasi kita?

BICARA SANG PUTERI: Masing-masing ada pendapat dan pandangan sendiri...

:: Situasi 38: Usaha Malaysia Meluaskan Penggunaan Bahasa Melayu ::



Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala TPM

Salah satu cara untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan luas dan membuka mata dunia. Sewajarnya rakyat Malaysia bangga dengan kejayaan negara memartabatkan bahasa kebangsaan...



:: Situasi 37: Martabat Bahasa Melayu Diangkat di Rusia ::



Kalau bahasa adalah identiti budaya/bangsa, tetapi berubah mengikut keperluan zaman. Dahulu, bahasa Melayu dikatakan pernah menjadi 'lingua franca'. Mengapa? Kerana Melaka menjadi pusat dagangan utama zaman itu. Jadi kalau mahu memartabatkan bahasa melayu, kita harus ada pencapaian budaya yang mengagumkan. Cuba lihat orang Rusia dalam video ini, rasa saya mereka belajar bahasa Melayu kerana kagumnya pada budayanya, bukan keperluan kerja dan lain-lain.

BICARA SANG PUTERI: Rasa bangga apabila di luar sana masih ada yang menghargai bahasa Melayu . Terkejut mendengar orang Rusia boleh bergurindam dengan baik....

:: Situasi 36: Mat Saleh Ajar Cakap Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu ::


Mungkin sesetengah orang mendakwa ini sebagai satu penghinaan pada bahasa Melayu. secara profesional, kita patut rasa bangga kerana mat saleh tersebut boleh berbahasa Melayu dan tidak salah jika kita juga mempelajari bahasa Inggeris dengan baik sebagaimana mat saleh tersebut fasih berbahasa Melayu. walaubagaimanapun, martabat bahasa Melayu tetap dikekalkan.......

BICARA SANG PUTERI: Jika sesuatu itu bermanfaat, tidak salah untuk kita mempelajarinya...yang penting kita tetap ingat asal-usul kita dan bahasa Melayu tetap di hati...d(^_^)b

:: Situasi 35: Kesan Bahasa Slanga ::


Pengunaan bahasa slanga yang meluas dalam kalangan remaja menyebabkan wujudnya bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi juga dalam penulisan. Penulisan-penulisan yang digunakan dalam sesebuah buku terutama dalam bacaan ringan seperti komik telah terpengaruh dengan bahasa slanga. Penggunaan bahasa slanga dalam penulisan sesebuah buku atau karya dan diterbitkan boleh menjejaskan kedaulatan bahasa.
Penggunaan bahasa slanga dalam sesebuah buku juga menyebabkan ramai remaja dan kanak-kanak akan terpengaruh dan menggunakan bahasa ini dalam kehidupan seharian. Pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya mendatangkan kerisauan bukan saja dalam kalangan pakar linguistik atau pejuang bahasa Melayu, malah ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan kebanjiran komik berbahasa slanga di pasaran.
Kesan penggunaan bahasa yang serba mudah dan meluas ini banyak istilah baru yang muncul bagi memudah ekspresi. Contoh istilah-istilah baru yang muncul kesan daripada penggunaan bahasa slanga ialah :
caye(percaya),
camni(macam ini)
teypon(telefon).
Istilah-istilah ini pada peringkat awal digunakan hanya untuk memeriahkan suasana sahaja, namun demikian lama kelamaan istilah ini menjadi budaya dalam percakapan. Hal ini menyebabkan generasi-genarasi muda yang akan datang akan terpengaruh dengan budaya bahasa slanga yanga digunakan pada masa kini. Jika direnungkan sejenak apakah kesan jangka panjang jika bahasa slanga masih terus digunakan oleh generasi kini, maka dapat disimpulkan bahawa generasi akan datang akan mewarisi bahasa melayu yang telah menggunakan istilah-istilah baru.

BICARA SANG PUTERI: Matlamat untuk mengembangkan bahasa Melayu akan terhalang akibat terlalu banyak elemen yang merosakkan bahasa diperkenalkan oleh pengguna bahasa slanga. Bahasa melambangkan bangsa, jika bahasa slanga terus merabak generasi akan datang akan lupa akan bahasa mereka sendiri. Usaha untuk mengembangkan bahasa melayu diperingkat antarabangsa misalnya tidak akan dicapai sekiranya pengguna bahasa itu sendiri tidak mengunakan bahasa mereka dengan betul

:: Situasi 34: Bahasa Pasar ::

 Muliakan orang dengan bahasa,
 supaya kita tidak dibahasakan.

Bahasa pasar merupakan bahasa yang menggunakan struktur ayat Melayu tetapi perkataan campuran dengan perkataan bahasa pinjaman. Yang paling ketara ialah bahasa pasar menggunakan kata ganti nama asing, iaitu I, you, we all, you all, they all, gua, lu, gua semua, lu semua, dia orang, semua orang, lu orang, kita orang, aya, ane, bai, dll.

Bahasa pasar juga bahasa orang tidak terpelajar. Atau, digunakan oleh orang terpelajar kepada orang tidak terpelajar. Ini bukan bahasa rapi dan bahasa rasmi. Ini bahasa rendah, layak digunakan dalam perhubungan dengan rakan-rakan di luar majlis rasmi, di pasar, di dapur, di perhentian bas, dll. Dalam rancangan rasmi melalui televisyen ke seluruh negara, bahasa pasar tidak wajar digunakan. Menggunakan bahasa pasar ini sangat merendahkan taraf orang yang dilawan bercakap. Tatabahasa sosial yang dilanggar.

situasi:

Dalam sebuah pasaraya, pembawa majlisnya sangat aktif. Namun bahasa yang digunakannya adalah bahasa budaya rendah.

Pengacara: Mari pak long pak long, mak long mak long, mari .....
Pelanggan: Apa yang Encik promosikan?
Pembawa acara: Macam-macam ada, semua ada, jom pak long pak long, tengok product baru we all, murah saja.

Sebenarnya pembawa acara membuat siaran dalam sebuah bangunan pasaraya. Dia menggunakan bahasa pasar dan bukan bahasa baku.


Pada masa ini, ada kecenderungan pengacara televisyen dan radio menggunakan bahasa rojak atau campuran. Bahasa yang bercampur itu adalah bahasa pasar. Bahasa pasar tidak mampu menjadi wahana budaya tinggi. Ada kalanya bahasa mereka bertukar menjadi bahasa slanga, iaitu bahasa yang dituturkan oleh remaja sesama mereka sendiri.
Walaupun bahasa ini ternyata dapat mengkomunikasikan mesej, tetapi bahasa begini bukanlah bahasa tinggi. Bahasa pasar dan bahasa slanga adalah bahasa rendah. Bahasa begini tidak rapi. Ini adalah bahasa rendah yang hanya mampu mengungkapkan budaya rendah. Bahasa begini tidak sepatutnya menjadi bahasa yang digunakan melalui saluran rasmi kerajaan seperti radio dan televisyen, yang sepatutnya menjadi saluran budaya tinggi

BICARA SANG PUTERI: Bahasa melambangkan wajah kita...d(^_^)b
 

:: Situasi 33: Bahasa yang Berbudi bahasa ::

Dialog-dialog menggunakan bahasa Melayu tinggi yang sepatutnya digunakan. Oleh sebab dialog ini diungkapkan dalam konteks rasmi, maka bahasa yang sepatutnya digunakan adalah seperti berikut.

Dialog 1 yang berbudi bahasa:
Pengacara: Masa cuti lalu saya berserta kru televisyen. Kami membuat penggambaran di (...)  Saya harapkan saudara semua akan menonton apa yang kami sediakan untuk saudara semua.

Dialog 2 yang berbudi bahasa:
Artis: Saya sudah rakamkan empat buah album untuk saudara semua. Saudara semua mesti mendengar lagu-lagu saya. Saya akan pilih lagu-lagu yang menarik spesiali untuk saudara semua. Penerbit saya dan ahli kru telivisyen kami, semuanya telah menyediakan rancangan spesel untuk yaudara semua. Kami telah bekerja keras untuk saudara semua.

Dialog 3 yang berbudi bahasa:
Pelayan: Tuan-tuan dan Puan-puan hendak makan apa? Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah memilih makanan dari atas meja itu. Tuan-tuan dan Puan-puan bolehlah mengambil apa makanan yang dikehendaki. Kemudian, bawalah kepada saya, saya kira untuk Tuan-tuan dan Puan-puau.
Pelanggan: Cik puan, panggillah pelanggan ‘Cik, Encik dan Puan. Itulah  panggilan hormat.
Pelayan: Maaf Puan.

Dialog 4 yang berbudi bahasa:
Pengacara: Mari Tuan-tuan dan Puan-puan, mari lihat  .....
Pelanggan: Apa yang Encik promosikan?
Pengacara: Macam-macam ada, ada banyak jenis, lihatlah Encik-encik dan Puan-puan, lihatah produk kami, murah saja.

BICARA SANG PUTERI: Jika bahasa yang berbudi bahasa begitu semua orang mesti tertarik...d(^_^)b

:: Situasi 32: Bahasa Remaja ::


Sekarang ni macam-macam bahasa yang digunakan terutamanya oleh remaja... Sebagai contoh:
  • Mereka (diaorang)
  • Kami (kitaorang)
  • Kamu semua (korang)
  • Seorang diri (sensorang)
  • Sayang (cayang)
Kalaulah dalam sesi temu duga guna bahasa ini macam mana agaknya? Sebagai contoh penemu duga tanya, "Apakah pandangan anda mengenai kes anak-anak menghantar mak bapa ke pusat jagaan orang-orang tua?"

Jawapan: " Diorang tu memang teruk encik tapi kitaorang tak adalah macam tu sebab kitaorang cayang pada mak bapa."

Mesti terbeliak orang yang menemuduga tu, jadi macam mana hendak ambil mereka bekerja jika bahasa yang digunakan tidak profesional kan. Memang pelik betul bahasa remaja sekarang tetapi saya rasa mesti ramai yang menggunakan bahasa sebegitu, bukan setakat remaja tapi orang dewasa juga. Macam-macam jenis bahasa kan?
BICARA SANG PUTERI: Remaja merupakan golongan yang mudah terpengaruh apa sahaja termasuk terpengaruh dengan bahasa yang dicipta sendiri...

:: Situasi 31: Sering Keliru ::

Kesilapan Penggunaan adalah dan ialah

Kata pemeri ialah dan adalah merupakan kata tugas yang tergolong sebagai kata prafrasa. Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh-contoh yang dapat dilihat daripada penggunaan kedua-dua kata pemeri ini adalah seperti berikut :

1). Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah
Contoh:

Anak adalah anugerah Allah. (Salah)
Anak ialah anugerah Allah. (Betul)

Pak Mat adalah orang yang pertama menerpka kawasan itu. (Salah)
Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul)

2) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah
Contoh:

Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah)
Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul)

Persembahan itu ialah baik. (Salah)
Persembahan itu adalah baik. (Betul)

3) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.

Contoh:
Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda. (Salah )
Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah. (Salah )

Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda. (Betul)
Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah. (Betul)

4) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.
Contoh:

Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa... (Salah )
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul )

Adalah dimaklumkan bahawa... (Salah )
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul)


5) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja

Contoh:
Keputusan ini diambil adalah berdasarkan... (Salah)
Keputusan ini diambil berdasarkan... (Betul)

Para pelajar adalah dipelawa memohon... (Salah)
Para pelajar dipelawa memohon... (Betul)

Bangunan Blok G SMK King George V ialah bangunan sekolah
kedua yang diisytiharkan sebagai Warisan Negara
 
BICARA SANG PUTERI: Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja, manakala kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Sebaliknya, kata kerja atau frasa kerja tidak perlu didahului oleh kata pemeri, sama ada ialah atau adalah.

:: Situasi 30: Bercakap Benar Elak Perselisihan ::

UMUMNYA, kebanyakan orang tidak bercakap benar setiap masa kerana boleh dikatakan pada masa tertentu kita terpaksa berbohong. Ada kalanya untuk tidak melukakan hati orang lain kita perkatakan sesuatu yang tidak benar.
Dalam rumah tangga, kebenaran atau bercakap benar penting untuk kerukunan, keselamatan dan kebahagiaan rumah tangga. Bapa atau ketua keluarga perlu sentiasa cuba mengamalkan bercakap benar kepada ahli keluarga.
Jika anda berbohong, lambat laun pembohongan itu akan diketahui isteri atau anak. Sudah tentu sukar untuk mendapat kepercayaan yang penuh dan sukar memimpin rumah tangga ke arah kebahagiaan.
Ada pepatah mengatakan,

“Bercakap benarlah kamu, walaupun benar itu pahit, kerana kepahitan itu adalah penawar yang mujarab.”

Pepatah dan kata-kata itu membawa seribu pengertian kepada mereka yang bercakap benar.

Bayangkan jika anda berbohong kepada ahli keluarga, tiba-tiba pembohongan itu terbongkar dan ahli keluarga mendapat tahu anda tidak bercakap benar. Secara jelas, anda tidak mendapat kepercayaan lagi daripada ahli keluarga.
Bercakap benar adalah jalinan kasih yang menghubungkan kemesraan antara ahli keluarga dalam rumah tangga.

*Ibu bapa jangan sekali-kali bercakap bohong kepada anak kerana kanak-kanak cenderung meniru tingkah laku orang dewasa terutama ibu bapa mereka. Jika anda merasakan anak tidak pernah menipu, bolehkah anda uji sikap anda sendiri tanpa mengira sekecil manapun keadaan yang memaksa anda berbohong.
*Pernahkah anda menulis surat kepada guru sekolah anak memberi alasan yang tidak benar mengenai ketidakhadiran anak ke sekolah? Jika pernah, anda sudah berbohong dan sekali gus mengajar anak tidak bercakap benar.
*Pernahkah anda memberitahu jiran bahawa anda tidak tahu siapa yang memecahkan pasu bunganya sedangkan yang melakukan perbuatan itu adalah anak anda sendiri. Jika pernah, anda sudah melakukan pembohongan yang diketahui anak dan tidak mustahil mereka akan mengikutnya.
Keadaan seumpama itulah yang menjadi ikutan tidak baik kepada anak terutama bagi mereka yang berumur 12 tahun ke bawah. Jika keadaan seumpama itu berterusan, lambat laun anak akan terpengaruh dan mula berbohong. Akhirnya penyakit itu akan merebak dalam keluarga.

BICARA SANG PUTERI: Kanak-kanak biasanya tidak pandai berbohong. Tanyalah kanak-kanak apa yang dimakannya pada hari itu, mereka akan menjawab dengan terus terang. Pembohongan boleh menyebabkan kesan negatif dalam rumah tangga dan sesiapa sahaja dan akhirnya menimbulkan masalah.

:: Situasi 29: Hukum Cerai SMS..?? ::


ISU bercerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sememangnya menjadi polemik dalam masyarakat. Ada yang berjuang mendesak supaya cerai secara SMS dianggap tidak sah kerana tindakan itu tidak bermaruah, memalukan serta mempersendakan keutuhan institusi keluarga yang menjadi inti pati kekuatan ummah. Apakah sebenarnya kedudukan cerai SMS?

Secara umumnya kuasa menjatuhkan talak berada di tangan suami. Apabila suami menjatuhkan talak, maka berlakulah perceraian sama ada lafaz talak menggunakan bahasa Arab atau bahasa lain, melalui tulisan atau bahasa isyarat boleh difahami.

Talak dijatuhkan itu boleh dibahagi kepada dua iaitu talak dilafazkan secara jelas (talak al-soreh) dan talak yang berlaku secara sindiran (talak al-kinayah). Talak soreh iaitu lafaz yang jelas maknanya merujuk kepada cerai dan ia memberi kesan walaupun suami menyebutnya tanpa niat atau pun secara main-main. Contohnya, seorang suami berkata kepada isterinya, "Abang ceraikan awak dengan talak satu" atau lain-lain.

Talak kinayah iaitu talak secara kiasan atau sindiran di mana ia boleh membawa banyak maksud sama ada cerai atau tidak, ia hanya menjadi sah apabila ada niat di pihak suami. Contohnya, suami berkata, "Awak baliklah ke rumah ayah awak", "Kita berdua sudah tiada hubungan lagi" dan lain-lain.

Di sinilah datangnya jawapan kepada kedudukan bercerai menggunakan kaedah tulisan SMS. Jumhur fuqaha berpandangan talak melalui tulisan dianggap sah jika ketika suami menulisnya ada disertai niat untuk bercerai. Menurut mazhab Syafie dan Maliki, talak melalui tulisan walaupun dalam bentuk jelas (soreh) dan dapat difahami maksudnya tetap tidak sah dan tidak mendatangkan kesan kecuali disertakan dengan niat. Contohnya, suami yang menulis catatan perbincangan dan menguji dakwat pen dengan menulis, "Aku ceraikan kamu" maka tidak jatuh talak melainkan memang suami berniat berbuat demikian. Selain itu, tulisan berkenaan juga hendaklah ditulis sendiri oleh suami kepada isterinya.

* talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faks, SMS, emel dan sebagainya adalah talak berbentuk kinayah dan sah jika disertai dengan niat.
* Semua perceraian perlu dikemukakan ke mahkamah syariah untuk mensabitkan talak berkenaan.
* Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian digariskan oleh syarak.

Apabila berlaku situasi sebegini, ke mana pasangan perlu pergi untuk menyelesaikan masalah itu? Jawapannya, pihak isteri atau suami perlu membawa kes ke mahkamah syariah untuk mengesahkan kedudukan lafaz itu. Mereka tidak boleh mendiamkan diri atau memutuskan sendiri kes itu sama ada suami mengatakan ada niat atau tiada niat dan sebagainya. Hanya mahkamah syariah yang ada kuasa untuk mendengar dan memutuskan pertikaian sebegini sekali gus mensabitkan atau tidak mensabitkan perceraian antara pasangan terbabit.

Kita semua perlu melihat bahawa semua urusan perkahwinan, perceraian dan rujuk adalah suatu yang penting dalam Islam. Apabila seseorang berkahwin secara baik dan terhormat, membuat kenduri dengan begitu meriah, maka apabila perkahwinan tidak dapat diselamatkan, sewajarnya perceraian dilakukan dengan baik dan terhormat, bukan menggunakan SMS dan sebagainya. Sungguh tidak beradab orang yang berkahwin dengan penuh kebesaran dan keriuhan tetapi mengakhiri perkahwinannya dengan menggunakan kaedah SMS.

BICARA SANG PUTERI: Masyarakat moden sekarang mampu buat apa sahaja dengan suka bertindak melulu menggunakaan bahasa tanpa memikirkan kesan dan akibatnya....

:: Situasi 28: Bahasa Isyarat ::

BAHASA ISYARAT ialah bahasa yang digunakan oleh Orang-Orang Berkeperluan Khas Pendengaran untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai.
Bahasa isyarat juga adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi..

Kadangkala memerlukan kesabaran yang tinggi apabila berkomunikasi dengan orang-orang berkeperluan Khas  Pendengaran seperti bisu. Keadaan berbeza bagi kita yang boleh berkomunikasi secara normal. Tidak semestinya bahasa memerlukan suara dan lisan tetapi juga boleh berbahasa melalui isyarat dan bahasa tubuh..

HurufAngkaUcapan RingkasGanti NamaKeluarga
Kata TanyaKata BantuPerasaanKomunikasiAgama




WarnaPengangkutanMasaPekerjaanBudaya & Perayaan
Kata KerjaSukanKecacatanArahBuah-Buahan
ASEANPakaian


BICARA SANG PUTERI: Teringin ingin belajar bahasa isyarat agar mudah berkomunikasi dengan mereka yang berkeperluan khas pendengaran....

:: Situasi 27: Rakyat Patriotik Patut Bangga Bertutur Guna Bahasa Melayu ::

Isu yang ingin dipaparkan diambil dari petikan akhbar Berita Harian (Ahad, 3 Februari 2011).

RAKYAT bukan Melayu negara ini, khususnya yang berketurunan Cina begitu sensitif apabila ada pihak yang mempersoalkan semangat patriotisme mereka atau kesediaan mereka menjadi rakyat yang memiliki jati diri terhadap negara ini.

Lantaran itu, pernahkah mereka bertanya pada diri sendiri kenapa masih ada orang Melayu yang sangsi terhadap pendirian sesetengah daripada mereka. Saya hanya mahu ajukan satu persoalan saja.
Apakah semua mereka yang mengakui sebagai warga negara ini tahu apa itu jati diri sebagai rakyat Malaysia? Bolehkah sesetengah daripada mereka menunjukkan sikap bahawa mereka menerima sepenuhnya jati diri itu yang antaranya menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan menghayatinya?
Kenapakah sehingga kini pun masih terdapat pelbagai puak yang sengaja memperlekehkan penggunaan bahasa Melayu hingga ada yang tidak langsung menunjukkan rasa menghormati kepada bahasa kebangsaan negara yang mereka sendiri akui sebagai tanah tumpah darah mereka?

Persoalannya ialah kenapa selepas 53 tahun merdeka pun masih ramai tidak mengambil kisah penggunaan bahasa kebangsaan negara ini? Sebagai warga negara yang taat setia, mereka sepatutnya berbangga dengan bahasa kebangsaan negara mereka sendiri.

Apa kesetiaannya kalau bahasa kebangsaan negara sendiri pun mereka tidak berusaha mempelajari dan menggunakannya. Bahasa Melayu yang mereka pelajari di sekolah Cina pun hanyalah untuk lulus peperiksaan saja. Selepas menduduki peperiksaan, mereka terus melupakannya dan langsung tidak bertutur dalam bahasa Melayu....

Buat masa ini pembelajaran bahasa Melayu sebagai subjek di sekolah Cina tidak diberikan penekanan. Mereka sebenarnya lebih mengutamakan bahasa Inggeris selain Mandarin. Sebab itulah guru yang mengajar bahasa Melayu dikehendaki juga tahu bertutur Mandarin. Anehnya syarat ini tidak pula dikenakan ke atas guru yang mengajar bahasa Inggeris. Mereka tidak perlu tahu berbahasa Mandarin. Kenapa guru bahasa Melayu didiskriminasikan demikian?

Inilah yang patut direnungi kalau mereka benar-benar cintakan negara ini sebagai tanah tumpah darah sendiri.

BICARA SANG PUTERI: Ada sesetengah orang berebut belajar bahasa Cina, bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain. Memang bagus niat mereka untuk memperkayakan pengetahuan bahasa tetapi mengapa bahasa Melayu pula dipinggirkan?? Renung-renungkanlah... 

:: Situasi 26: Macam-macam Maksud ::

Apabila berbicara tentang dialek, dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya ialah variasi daripada bahasa Melayu. Dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia, terdapat pula ideolek-ideolek, iaitu kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu, dan kelainan stilistik yang terjadi sebagai akibat perbezaan konteks. Semua kelainan ini disebut dialek, tetapi penutur-penuturnya masih boleh saling bersefahaman antara satu sama lain. Fonemena seperti inilah yang telah menarik perhatian ahli-ahli bahasa untuk membuat kajian mendalam terhadap dialek-dialek tersebut.

Terdapat beberapa unsur yang membezakan sesuatu dialek dengan dialek yang lain, antaranya ialah;

 Sebutan; contohnya, perkataan `air' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.
2. Tatabahasa; struktur ayat pasif dalam dialek Kelantan misalnya boleh menyebabkan berlaku silap faham, contohnya ayat 'Saya ke hospital untuk disuntik oleh doktor' akan menjadi "Saya gi spital cocok doktor"
(Kasihan doktor di hospital yang disuntik oleh pesakitnya, bukannya dia yang menyuntik pesakit!)

3. Kosa kata ; contohnya, berlari dalam dialek Kelantan disebut hungga, manakala mendung disebut sebagai jo'ong. Bekwoh (dialek Kelantan) sama maksudnya dengan makan gulai di Terengganu yang membawa maksud kenduri. Rakan saya dari Melaka tertanya-tanya apabila saya memujinya dengan perkataan 'jangok' (cantik/ suka berhias)

4. Kata ganti nama diri; contoh ambo dan kawe (dialek Kelantan bermaksud saya), hang (dialek utara bermaksud kamu)

BICARA SANG PUTERI: Baru saya faham kalau orang utara sebut coklat = gula-gula dan roti = biskut......d(^_^)b

:: Situasi 25: Sekadar Teguran, Menerima atau protes ::

Teguran.. Pernahkah anda ditegur? Apa yang anda rasa apabila seseorang itu menegur anda? Apatah lagi apa yang ditegur itu adalah realiti diri anda, kesukaan dan minat anda, yang kiranya ada sebahagian  mata-mata lain kurang enak memandang, namun bagi diri ianya merupakan satu kemestian, keghairahan yang dianggap suatu yang biasa  sahaja.

Pada mula teguran itu, tentunya teramatlah sukar untuk menerima, bahkan siapa-siapa jua yang menerima teguran, pasti dalam hati akan memberontak menyatakan ketidak puasan hati. Apalah, sibuk je masuk campur tentang hidup aku! Ish, tak ada kerja lain ke daripada jaga tepi kain orang! Begitulah respon sebilangan besar daripada manusia. Kerana begitulah fitrahnya manusia, apabila ada yang menentang suatu yang disuka, pasti keegoan mencanak diri, kemarahan menguasai hati langsung kewarasan akal tidak dapat dibendung lagi.

Jadi, kali ini mari sama-sama renungkan, pada sesiapa jua yang pernah menerima teguran, apakah teguran yang diberi itu relevan atau sebaliknya? Atau apakah teguran itu menunjukkan tanda bahawa si penegur 'jeles' dengan kita? Atau apakah teguran itu sebenarnya benar, tetapi hati yang keras ini juga tetap berdegil dan sanggup menentang yang benar kerana  keegoan kita?
Situasi: Di sebuah kafe sedang melayari facebook...
Hari ini aku telah menerima teguran dari seseorang yang aku kira, telah kuanggap dia seperti kakakku sendiri. Bicaranya berbunyi sebegini..
" Wahai adikku sayang..
Ya ukhti, gambarmu  itu tak sesuai tuk tatapan umum... :) menampakkan jelas perhiasanmu..:)

sbb ukhti antara yg rapat dgn akak , maka sudah jadi tanggungjawab akak untuk menegurmu.:)"

Sungguh, pada mulanya jika tidak dapat mengawal diri dan hati, pasti akan lahir perasaan kurang senang apabila ditegur sebegini. Namun apabila difikirkan secara waras berulang kali, hati mula berdetik,

Sebenarnya bila direnungkan semula, apabila kemarahan menguasai diri  dan hati , ketika itu perasaan yang lahir  berpunca kerana  MALU, BENGANG, TIDAK SANGKA, TIDAK PUAS HATI dan sebagainya. Namun jangan mudah tergadah apabila menerima perkara sebegini ,tarik nafas dan tenang. Baru boleh bersikap rasional dengan teguran yang diberi. Jika belum apa-apa sudah tinggi suara, bermasam muka, bukankan sudah merapuhkan hubungan persaudaraan seagama, dek keegoan tidak mahu menerima!

Adab menegur juga perlu kena pada masa, waktu dan ketika, bukan hentam sajalah bila-bila pun.  Bait bicara untuk menegur pun haruslah berhikmah, bukan berunsur menyakitkan hati apatah lagi berniat untuk menghina. Jika tidak difikirkan semua ini terlebih dahulu, juga akan membuat orang ditegur tidak dapat menerima. Oleh sebab itu, individu lebih mudah menerima teguran apabila bicaranya rendah serta perwatakannya mesra dan tutur katanya relevan.

Marilah kita berfikir kembali. Sebenarnya, orang yang benar-benar menyayangi kita, bukan orang yang hanya suka memuja muji semata-semata. Kerana setiap pujian yang diberi umpama renjisan minyak yang akan memarakkan lagi api riak dan takbur. Akan tetapi, orang yang yang telus mengasihi adalah orang yang sentiasa ingat-mengingati, berpesan-pesan ke arah kebaikan, dan menyeru ke arah kebenaran, kerana merekalah yang akan menjadi penyelamat daripada kelalaian dan kealpaan.
BICARA SANG PUTERI: Saya menerima teguran tersebut dengan ikhlas hati...d(^_^)b

:: Situasi 24: Surat Cinta? :

Zaman sekarang masih ada orang yang menggunakan surat sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Pernah dengar 'Surat Cinta'..?? agak lucu memandangkan zaman sekarang bukan ke zaman moden... orang menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau bersembang di laman sosial di internet. Surat cinta mungkin dianggap ketinggalan zaman...

Surat Cinta buat Seorang Hawa

Cemburu ku lihat Sang Pungguk memadu rindu sang bulan
Cemburu ku lihat Sang Helang terbang berdua-duaan
cemburu jua aku pada Si Belangkas yang hidup berkasih sayang

Hawa
Kuibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini
lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki
bukan ku tewas dengan bayu nan kencang
biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa
namun, andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat
ku tidak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku
kau tahu Hawa..
Aku jadi derita tanpamu


Penuh dengan kata-kata puitis dalam surat tersebut. Agaknya dengan kata-kata sebegitu mampukah memujuk hati gadis yang dimaksudkan? mungkin si gadis yang membaca akan tersentuh hati dan menerima si jejaka tersebut.
tetapi,
jika bayangkan surat cinta yang diterima terkandung kata-kata seperti di bawah ini:

hai awak,
sebenarnya kan saya tak tahu lah nak cakap cmne
boleh tak kalau saya nak berkenalan dengan awak?
ala, boleh la yer...
saya dah lama sukakan awak
selalu perhatikan awak..


BICARA SANG PUTERI: Bahasa memainkan peranan penting dalam apa jua keadaan dan situasi sama ada ingin mengambil hati seseorang...d(^_^)b

:: Situasi 23: Budaya Mencarut ::


 
Entri kali ni saya hendak ceritakan tentang budaya mencarut yang semakin menjadi-jadi di Malaysia ini. Banyak yang saya tengok dan perhatikan banyak orang, tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, yang suka sangat mencarut...contoh carutan yang selalu mereka gunakan yang saya dapat tangkap ialah ba*i, p*****k, p****t, lan**u, f**k, dan banyak lagi..seronok sangat ke mencarut ni?? sakit telinga ada la, mncarut ni sudah menjadi macam satu budaya dalam perbualan, kalau tidak mncarut sebagai selingan dalam perbualan, rasa mcam tidak sempurna agaknya.
Definisi mencarut ialah perbuatan memaki hamun atau perbuatan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seseorang..faktor-faktor yang menjadikan seseorang itu mencarut adalah disebabkan oleh kemarahan terhadap org lain, terpengaruh dengan rakan sebaya yang kuat mencarut, tidak kurang juga ada yg mencarut sebagai suka-suka..

Baru-baru ini, ketika saya jalan-jalan di taman, ada sekumpulan budak, kecik lagi, sekolah rendah baru..
Dengarkan perbualan mereka..antara Mamat (bukan nama sebenar) dan Ali (bukan nama sebenar)..
ni kisah benar
ali sedang berjalan...sekali tersepak batu..

ali : arghh babi !!
mamat : kenapa??
ali : ni ha, batu, sial punya batu!!
mamat : eh, jangan cakap babi...
ali : dah tu??? (dengan muka pelik)
mamat : cakap 'lan..**u.'...cuba try..
ali : arghh lan..**u !!
mamat : ha, macam tu..


Sentap bagi sesiapa yang mendengar...Sedihnya saya tengok...
Kesimpulannya di sini..kurangkan mencarut ni, kalau boleh buang terus budaya mencarut ini daripada kehidupan kita, iyela kan, mencarut ini membuat tambah dosa sahaja.
BICARA SANG PUTERI: Rasa macam hendak potong lidah budak-budak itu!!

:: Situasi 22: Bahasa Blog Remaja ::

Saya minat juga membaca blog-blog menarik yang mengupas pelbagai isu termasuklah fesyen, kecantikan, hobi, dan tidak kurang juga sebagai blog bergosip!!...
namun, seringkali kita perasan atau tidak, bahasa yang digunakan dalam blog kadang kala boleh dikatakan merosakkan bahasa.

Saya mengambil salah satu contoh blog:

Di pagi yang buta ini, gua ingin melepaskan geram yang terbuku di hati. untuk pengetahuan anda, guwa baru sahaja dipanggil cikaro oleh seorang mamat gila yang doq kacaw gua. depa kata, konon guwa punya foto lawa tapi bahasa jantan guwa lu guwa lu. padahal hakikatnya, guwa hanya guna bahasa sedemikian dengan depa sebab guwa memang berniat nak buat dia berhenti kacau guwa. lantak pi la!

rileks putri, rileks. hakhak. setelah beristiqomah dan mengucap serta tarik nafas beberapa kali, guwa agak tak kisah. mampuih hang la, buat apa guwa nak pikiaq kan? hang nak panggil aku apa pun bukan hang akan rasa bahagia atau hang dapat pahala. hang nak jual nombor talipon guwa pun gua no hal la der. bagi guwa memang dasar manusia tak guna yang lemah atau nama lainnya NOOB sahaja yang akan drop orang dengan mencarut dan bukannya fakta. betui daq cakap guwa? kalau tak betui hang leh hantuk kepala hang kat dinding sekarang. :P

BICARA SANG PUTERI: Tanpa disedari apabila kita menggunakan bahasa seperti di atas, turut mempengaruhi pembaca yang lain. oleh itu, kita hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang betul.

Friday, March 11, 2011

:: Situasi 21: Bicara Kasar, maka Kasarlah Orang Menyambutnya ::



Apabila kita berbicara dengan elok, maka orang yang mendengarnya juga akan senang hati untuk menjawabnya. Tetapi jika sebaliknya iaitu bicara kasar, maka tentu orang juga akan membalasnya dengan kasar.

Situasi: Terminal One, Seremban
Jam sudah menunjukkan pukul 3.15 petang. Sepatutnya bas yang dijangka dari Seremban ke Tanjung Malim jam 3 petang tetapi sekarang bas tersebut tidak muncul-muncul lagi. Ramai yang mulai mengeluh dan tidak senang duduk termasuklah aku. Oleh sebab ramai yang tertanya-tanya, maka aku pun segera beredar ke kaunter tiket bas tersebut untuk bertanya mengenai hal tersebut. ketika sampai di kaunter itu, aku melihat seorang wanita dan penjaga kaunter tiket sedang berbalah. Rupa-rupanya wanita tersebut marah kerana bas yang dinanti tidak muncul pada waktu yang ditetapkan.

Lama menunggu, akhirnya bas ke Tanjung Malim pun tiba. aku lihat wanita tadi terus naik ke dalam bas. orang lain pun berasa marah tetapi masih dapat mengawal kemarahan mereka dan mengambil giliran untuk menaiki bas tersebut. di dalam bas pula, timbul lagi perbalahan wanita tadi dengan pemandu bas. mungkin wanita tadi tidak puas hati.

Wanita           : Transnasional kn?
Pemandu bas : Eh,  yela. Sila tengok tiket awak.
Wanita           : Aku taula.masalahnya kalau kata gerak pukul tiga, gerak pukul tiga la! ni sekarang da pukul 4. Orang dahla de hal lain. ni dah lambat tau tak!
Pemandu bas : Bas ni gi servis tadi. Bukan sengaja nak lambat. Kalau ko tu nak cepat sangat, ko turun sekarang, ko gi cari bas lain!  Banyak cakap pulak perempuan ni!
Wanita           : Ko ingat aku hadap sangat ke nak naik bas buruk ni! (sambil turun semula dari bas tersebut)

Tanpa memberi salam, wanita tersebut terus memarahi pemandu bas tersebut. Bahasa yang digunakan juga kasar sehingga pemandu bas tersebut berasa bengang. Saya dan penumpang lain hanya sekadar melihat dan mendengar kejadian tersebut. Ada yang ketawakan gelagat wanita tadi dan tidak kurang juga yang berbisik-bisik di belakang. Mungkin disebabkan malu, wanita tadi terus turun dan dia juga rugi kerana harga tiket bas tersebut RM13.30...

BICARA SANG PUTERI: Jangan bertindak melulu dan berbicaralah dengan elok supaya masalah yang berlaku tidak diperbesarkan. Masalah kecil malah menjadi masalah besar pula....d(^_^)b

:: Situasi 20: Cara Berbakti Pada Orang Tua ::

  


~KASIH ANAK SEPANJANG GALAH, KASIH ORANG TUA SEPANJANG MASA~
Peribahasa itu terkadang ada benarnya. Ketika seorang anak telah melepas masa kanak-kanak, banyak yang merasa sudah menjadi diri sendiri dan tak merasa memerlukan lagi orang tua. Terutamanya ketika sudah bekerja, menikah dan hidup berdikari. Lantas terdapat anak-anak yang abaikan  orang tua mereka. Apalagi bila tinggal jauh dari kedua ayah dan ibu.
Padahal, sebagai anak, apapun posisi dan status kita, tetaplah punya kewajipan untuk berbakti kepada orang tua sepanjang masa. Bagaimana caranya? Berikut ini ada beberapa cara:

Bersikap lemah lembut Orang tua berhak diperlakukan yang terbaik. Oleh sebab itu, jagalah perkataan dan perilaku kita di hadapan orang tua. Jangan sekalipun menyakiti hati mereka, baik dari perkataan maupun perbuatan kita. “Dan ucapkanlah kepada ibu-bapakmu perkataan yang mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang, dan doakanlah: “Wahai Robbku, kasihanilah keduanya seperti keduanya telah mendidik aku di waktu kecil.” (Al-Isra: 23-24)

Menjaga adab di hadapan ibu bapa
semasa anak-anak berjalan di hadapan ibu bapa, hendaklah menundukkan sedikit badan sebagai tanda adab sopan. walaupun tidak menuturkan kata-kata, sekurang-kurangnya adab yang dipaparkan menunjukkan bahasa.

BICARA SANG PUTERI: Bahasa bukan sekadar dipertuturkan sahaja malah bahasa badan dan perlakuan kita dianggap cara kita berbahasa dengan baik terhadap orang tua kita.

Friday, March 4, 2011

:: Situasi 19: Kod rahsia?? ::

Bagaimana yang dikatakan berbahasa menggunakan kod rahsia..? Saya sengaja menggunakan istilah 'kod rahsia' kerana memang kadang kala sesetengah orang yang suka menggunakan bahasa yang kita langsung tidak faham.

Situasi: Taman Bernam

Sebelum kelas EDU yang akan bermula pada pukul 2 nanti, kami bertiga mengambil keputusan untuk pergi makan di sebuah kedai makan yang terdapat di Taman Bernam. Semasa tiba di kedai makan tersebut, saya dan sahabat saya iaitu Diana dan Atikah mencari-cari tempat duduk sebelum mengambil makanan. Akhirnya kami melihat ada sebuah meja kosong di sudut luar kedai. Jadi kami bertiga pun menuju ke meja tersebut. Tetiba sekumpulan pelajar lelaki menuju ke arah meja kami sambil menatang makanan masing-masing. salah seorang dari mereka berkata kepada kami:

Lelaki A    : Eh, ni meja kiteorang. tadi kami yang buka meja ni. ( sambil meletakkan terus makanannya di atas meja tersebut

Atikah         : bifiarfar mufukafa tafakafa henfensemfem, tafapifi hafatifi bafaikfi 
                      (dengan nada yang keras dan berunsur sindiran)
                   
Pelajar lelaki : (muka tercengang-cengang)

Diana          : Betul tu (mengiyakan kata-kata atikah)

Ika              : (Muka tertanya-tanya)

Selepas itu, kami terus memilih tempat lain kerana perut sudah lapar dan perlu diisi. 

Ika    : Tika, tadi tu ko cakap apa?

Diana: La, tadi rupanya dak ika ni tak faham tika cakap apa ke? (sambil tergelak-gelak)

Atikah : Ha, tu kalau ko tak nak orang faham apa yang ko cakap, gunalah kod rahsia camtu.

Dalam situasi tersebut, Atikah sebenarnya kurang senang dengan sikap pelajar lelaki tadi kerana  tidak bertolak ansur dengan kami. itulah kisahnya.  

bifiarfar mufukafa tafakafa henfensemfem, tafapifi hafatifi bafaikfi
Bermaksud: Biar muka tak hensem, tapi hati baik


Bicara Sang Puteri: Pelik jugak bila dengar bahasa yang ada kod rahsia ini, tetapi menarik dan memang penuh rahsia....d(^_^)b









Wednesday, February 23, 2011

:: Situasi 18: Bahasa dan Kehidupan



Kita dituntut untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. Kita perlu bertindak seiring dengan perubahan arus pemodenan. Saya tidak menolak akan hakikat semua itu. Namun, pertemuan selama 2 jam bersama seseorang yang begitu saya kagumi menambah pengetahuan saya mengenai kepentingan ilmu kehidupan. Beliau seorang wanita yang saya anggap sebagai seorang tokoh wanita yang penyayang dan bekerjaya. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Hajah Norlina bte Alawi , Pengasas & YDP PERNIM (Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/ AIDS Nurul Iman Malaysia ) serta Pengamanah Pusat Perlindungan PERNIM Berhad. Saya dan beberapa orang rakan tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita seperti Puan Norlina mampu menjaga kebajikan yang sempurna terhadap kesemua anak-anaknya yang mencecah seramai 50 Orang termasuk anak kandungnya sendiri dan duduk dalam satu rumah yang dianggap sebagai keluarga besar.

                                                      

Dalam sesi menemu bual beliau, rakan saya ada mengajukan satu soalan iaitu:

Aisyah          : Puan, kami ketahui bahawa Puan mencurahkan kasih sayang yang terlalu mendalam terhadap anak-anak yang ramai ini. Puan tidak mahu mereka merasa tersisih, maka Puan menjaga semua kebajikan mereka dengan menjalani kehidupan dengan keluarga Puan sehingga menjadi keluarga yang besar dan bahagia. Namun begitu, bagaimana puan mendidik anak-anak yang ramai ini untuk menganggap Puan sebagai ibu dan dapat merasai kasih sayang ibu dan ayah?

Puan Norlina : Betul tu. Saya sangat menitikberatkan nilai kasih sayang terhadap semua insan termasuklah anak-anak yang dipelihara sekarang. Saya dan mereka semua hidup dalam situasi keluarga sebenar. Saya mementingkan bahasa saya dengan anak-anak. Saya seorang ibu, mestilah tunjuk contoh yang baik-baik dan membiasakan diri mereka memanggil saya dengan panggilan 'mama'. Oleh sebab itu, mereka merasakan hidup mereka masih ada seorang ibu. Mereka tidak tersisih dan terbiar. Sebagai contoh, jikalau menggunakan panggilan aku dengan anak-anak, mereka akan kurang rasa hormat kepada kita dan hubungan kekeluargaan tidak akan utuh. Begitu juga dengan kamu bertiga, bakal menjadi seorang pendidik. Patutke di sekolah nanti kamu membiasakan diri dengan panggilan aku apabila komunikasi dengan pelajar? Mustahil mereka akan hormat kamu. Itulah ilmu kehidupan yang perlu dipelajari. Dalam kehidupan, kita kena tahu menggunakan bahasa dan peranan bahasa itu sangat penting.

BICARA SANG PUTERI: Melalui bahasa juga mampu mendidik manusia tentang kehidupan...d(^_^)b

Sunday, February 20, 2011

:: Situasi 17: Siri Bercakap Dengan Orang Tua :

Situasi: :

                               

Semasa saya pergi ke pejabat Pos untuk menjelaskan bayaran bil, saya terserempak dengan seorang pakcik ( Pak Hassan ). Pak Hassan merupakan kawan kepada tok wan saya. Selepas selesai urusan di pejabat Pos,  Pak Hassan mengajak saya pergi minum.Oleh sebab kenal, jadi saya terima pelawaan Pak Hassan untuk minum di sebuah kedai yang berdekatan. Sambil-sambil tu boleh sembang apa yang patut. Saya sebenarnya memang sudah lama tidak berjumpa Pak Hassan ni. Ini pun sebab terjumpa dekat pejabat Pos tu. Pak Hassan ni rasanya saya dah boleh panggil tok wan kalau tengok dari fizikal dan raut wajah dia. Agak tua juga seakan sebaya dengan tok wan saya. . Arwah tok wan saya dulu cikgu sekolah, jadinya tidak pelik sangat kalau banyak orang kenal. Masa dia meninggal dulu pun banyak anak-anak murid dan kawan-kawan dia yang datang menziarah. Adat orang jenis suka berkawan macam tu la. Ramai kenalan sana sini.

Hampir dekat dua jam juga saya duduk bersembang  dengan Pak Hassan tu. Macam-macam topik perbualan yang kebanyakannya berkenaan dengan benda-benda dan kisah-kisah klasik. Bila seorang orang tua dan seorang anak muda yang kurang sikit pengetahuan tentang benda-benda lama ni duduk semeja, topik perbualan yang sebegitu adalah paling sesuai dan santai. Takkan hendak  cerita pasal iPad yang baru keluar tu kot. Nak cerita pasal cerita Slot Akasia Adamaya di TV3 (masa tu tengah hot Adamaya) yang budak budak sibuk dan seronok layan itupun macam tidak kena juga. Lagi pula saya pun baru sekali saja tertengok cerita tu. Kalau dua tiga kali saya tengok rasanya boleh terjebak sekali ketagih ni.

Ketika saya meminta diri untuk pulang dahulu, Pak Hassan hulur sekeping not warna merah suruh saya ambil. Duit minyak katanya. Mulanya saya tolak dengan penuh hormat. Lagi pun apa sangatlah jarak dari rumah saya itu. Tidak jauh mana pun. Pak Hassan suruh saya ambil juga. Katanya, " Kalau ada duit sejuta pun kalau orang bagi dekat kita kena ambil. Tu rezeki kita. Jangan tolak rezeki yang datang sebab kita tak tahu lagi rezeki kita ke depan macam mana". Lebih kurang macam tu ayat dia. Saya pun angguk sambil capai not warna merah tu. Memang betul pun apa yang dia cakap.  Makan dalam juga ayat dia tu.


BICARA SANG PUTERI: Berbual atau bersembang dengan orang yang lebih berusia dan lebih berpengalaman membuatkan kita sebagai anak muda sentiasa berhati-hati ketika berbicara dan menggunakan bahasa yang sopan....d(^_^)b

:: Situasi 16: Banyak Bercakap, Kurang Mendengar VS Kurang Bercakap, Banyak Mendengar :

                            
Anda tergolong dalam golongan mana? Bercakap banyak atau dalam erti kata lainnya peramah atau bercakap sedikit atau dikenali sebagai pendiam? Saya yakin setiap orang sebenarnya memiliki kedua-dua karektor iaitu peramah dan pendiam di waktu tertentu dengan orang tertentu. Tetapi ada juga yang dilihat suka bercakap dan kelihatan seolah tidak penat dan terlalu perkara yang hendak diperkatakan. Ataupun kadang-kadang dilihat sebagai ‘over peramah’. Sesetengah orang pula kelihatan tidak gemar bercakap terutamanya dengan orang yang kurang dikenali. Mereka cuma bercakap banyak bila berjumpa dengan orang-orang yang rapat dengannya sahaja.

Saya sendiri sebenarnya tergolong dalam golongan bercakap sedikit dengan orang yang baru dikenali atau kurang dikenali. Tidak banyak topik yang boleh diperkatakan bila berjumpa dengan orang-orang yang baru. Mungkin disebabkan saya agak berhati-hati apabila bercakap atau meluahkan pendapat bersama dengan orang yang kurang dikenali kerana bimbang tersalah bahasa dan tutur kata yang boleh mengguris hati. Saya lebih suka mendengar sebelum mengeluarkan pendapat sendiri. Saya cuma banyak bercakap dengan orang-orang yang agak rapat . Tetapi saya agak kagum dengan sesetengah orang yang boleh berbicara macam-macam topik dengan sesiapa sahaja yang baru dikenali. Biasanya golongan peramah ini mudah masuk majlis dan menjadi ‘favourite’ kerana petah bercakap dan mengeluarkan pandangan.

Tetapi bila difikirkan,Allah kurniakan kita dengan dua telinga dan satu mulut bukan sebaliknya. Mungkin Allah mengkehendaki kita lebih banyak membuka telinga daripada membuka mulut. Ramai yang menyangka kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran bercakap untuk mengemukakan pendapat, pemikiran dan perasaan dengan betul dan dengan terus terang. Jadi kita selalu digalakkan oleh penceramah-penceramah supaya jangan takut bercakap kerana bercakap itu baik, begitu kata mereka. Hal ini disebabkan bagi orang yang kurang bercakap, mereka tidak yakin pada diri sendiri untuk menggunakan bahasa apabila bercakap atau berbual dengan sesiapa sahaja.

Kita sentiasa disogokkan dengan pernyataan seperti “luahkan perasaan, jangan memendam perasaan. Jangan takut untuk luahkan apa yang difikirkan”. Di sekolah, kanak-kanak dilatih supaya pandai bercakap. apabila bercakap, mereka dapat mengumpul kosa kata yang banyak dan bijak menggunakan bahasa yang elok. Sekolah mengadakan berbagai-bagai aktiviti dan galakan bercakap. Pelbagai pertandingan dan hadiah disediakan oleh sekolah untuk menggalakkan kita berani bercakap. Di sekolah tidak ada hadiah disediakan untuk kanak-kanak yang menang dalam pertandingan mendengar. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan lulusan sekolah tidak mempunyai kemahiran mendengar.

Kita selalu keliru, kita sangka orang yang pandai bercakap adalah orang yang banyak ilmu dan orang yang pintar. Orang banyak bercakap juga dianggap pandai "bermain" dengan bahasa. Ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang pandai bercakap berasa suka hati kerana percaya mereka mendapat anak yang pintar. Berbeza dengan orang yang kurang cakap. Ada yang menganggap orang yang pendiam dan kurang bercakap ini pemalu, atau mungkin berasa ragu-ragu untuk menggunakan bahasa yang baik ketika bertutur dengan sesiapa sahaja.

Adalah susah apabila kita mahu bercakap dan mendengar serentak. Sama susahnya kalau kita cuba berdiri dan baring serentak. Nampaknya kita tidak ada pilihan. Kalau mahu mendengar kita mesti diam. Apabila kita ‘’sangat pandai” bercakap, bilakah masanya kita hendak mendengar? Padahal mendengar mempunyai fungsi-fungsi yang sangat penting.

Dalam konteks komunikasi juga menitikberatkan penggunaan bahasa yang betul. Kita mendengar untuk memahami orang-orang lain, untuk memahami diri sendiri, memahami peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada kita, untuk memahami alam dan untuk belajar daripada orang- orang lain yang mengetahui perkara-perkara yang tidak kita ketahui ataupun yang tidak pernah kita alami lagi. Manusia lebih suka mendengar suaranya sendiri. Bunyi yang paling sedap di telinga kita ialah bunyi-bunyi yang kita keluarkan daripada mulut kita sendiri. Bukan bunyi-bunyi yang keluar daripada mulut orang lain. Patutlah pusat-pusat karaoke selalu penuh. Ciptaan itu memberi manusia peluang mendengar suaranya sendiri. Fitrah inilah yang menyebabkan manusia lebih suka kepada orang-orang yang memberi dia peluang mendengar suaranya sendiri.

Apabila kita banyak mendengar orang lain bercakap, lebih mudah bagi kita menjalin, mengekalkan, dan mencipta hubungan kasih sayang yang memuaskan kedua-dua belah pihak. Hubungan baik dan mesra itu terjalin kerana orang yang didengar suka menerima kehadiran si pendengar.

Sebagai manusia biasa, apabila banyak meluahkan kata-kata, kita terdorong untuk memperkatakan hal-hal yang tidak berkaitan atau dalam istilah lainya menjaga tepi kain orang ataupun mengumpat. Dalam bab mengumpat ni bukan setakat orang yang bercerita, malah yang mendengar pun turut mendapat “share” nya sekali. Kadangkala banyak bercakap tapi banyak pula kesalahan bahasa yang digunakan.

BICARA SANG PUTERI: Diam tidak bererti kurang ilmu bahasa dan banyak bercakap tidak bererti banyak ilmu bahasa. Tapi jangan la pula diam sampai langsung tidak bertegur sapa. Diam dan bercakap dan mendengar di waktu yang sepatutnya…d(^_^)b