Teguran.. Pernahkah anda ditegur? Apa yang anda rasa apabila seseorang itu menegur anda? Apatah lagi apa yang ditegur itu adalah realiti diri anda, kesukaan dan minat anda, yang kiranya ada sebahagian mata-mata lain kurang enak memandang, namun bagi diri ianya merupakan satu kemestian, keghairahan yang dianggap suatu yang biasa sahaja.
Pada mula teguran itu, tentunya teramatlah sukar untuk menerima, bahkan siapa-siapa jua yang menerima teguran, pasti dalam hati akan memberontak menyatakan ketidak puasan hati. Apalah, sibuk je masuk campur tentang hidup aku! Ish, tak ada kerja lain ke daripada jaga tepi kain orang! Begitulah respon sebilangan besar daripada manusia. Kerana begitulah fitrahnya manusia, apabila ada yang menentang suatu yang disuka, pasti keegoan mencanak diri, kemarahan menguasai hati langsung kewarasan akal tidak dapat dibendung lagi.
Jadi, kali ini mari sama-sama renungkan, pada sesiapa jua yang pernah menerima teguran, apakah teguran yang diberi itu relevan atau sebaliknya? Atau apakah teguran itu menunjukkan tanda bahawa si penegur 'jeles' dengan kita? Atau apakah teguran itu sebenarnya benar, tetapi hati yang keras ini juga tetap berdegil dan sanggup menentang yang benar kerana keegoan kita?

Situasi: Di sebuah kafe sedang melayari facebook...
Hari ini aku telah menerima teguran dari seseorang yang aku kira, telah kuanggap dia seperti kakakku sendiri. Bicaranya berbunyi sebegini..

" Wahai adikku sayang..
Ya ukhti, gambarmu itu tak sesuai tuk tatapan umum... :) menampakkan jelas perhiasanmu..:)
sbb ukhti antara yg rapat dgn akak , maka sudah jadi tanggungjawab akak untuk menegurmu.:)"
Sungguh, pada mulanya jika tidak dapat mengawal diri dan hati, pasti akan lahir perasaan kurang senang apabila ditegur sebegini. Namun apabila difikirkan secara waras berulang kali, hati mula berdetik,
Sebenarnya bila direnungkan semula, apabila kemarahan menguasai diri dan hati , ketika itu perasaan yang lahir berpunca kerana MALU, BENGANG, TIDAK SANGKA, TIDAK PUAS HATI dan sebagainya. Namun jangan mudah tergadah apabila menerima perkara sebegini ,tarik nafas dan tenang. Baru boleh bersikap rasional dengan teguran yang diberi. Jika belum apa-apa sudah tinggi suara, bermasam muka, bukankan sudah merapuhkan hubungan persaudaraan seagama, dek keegoan tidak mahu menerima!
Adab menegur juga perlu kena pada masa, waktu dan ketika, bukan hentam sajalah bila-bila pun. Bait bicara untuk menegur pun haruslah berhikmah, bukan berunsur menyakitkan hati apatah lagi berniat untuk menghina. Jika tidak difikirkan semua ini terlebih dahulu, juga akan membuat orang ditegur tidak dapat menerima. Oleh sebab itu, individu lebih mudah menerima teguran apabila bicaranya rendah serta perwatakannya mesra dan tutur katanya relevan.
Marilah kita berfikir kembali. Sebenarnya, orang yang benar-benar menyayangi kita, bukan orang yang hanya suka memuja muji semata-semata. Kerana setiap pujian yang diberi umpama renjisan minyak yang akan memarakkan lagi api riak dan takbur. Akan tetapi, orang yang yang telus mengasihi adalah orang yang sentiasa ingat-mengingati, berpesan-pesan ke arah kebaikan, dan menyeru ke arah kebenaran, kerana merekalah yang akan menjadi penyelamat daripada kelalaian dan kealpaan.

BICARA SANG PUTERI: Saya menerima teguran tersebut dengan ikhlas hati...d(^_^)b
0 comments:
Post a Comment