Bahasa pasar merupakan bahasa yang menggunakan struktur ayat Melayu tetapi perkataan campuran dengan perkataan bahasa pinjaman. Yang paling ketara ialah bahasa pasar menggunakan kata ganti nama asing, iaitu I, you, we all, you all, they all, gua, lu, gua semua, lu semua, dia orang, semua orang, lu orang, kita orang, aya, ane, bai, dll.
Bahasa pasar juga bahasa orang tidak terpelajar. Atau, digunakan oleh orang terpelajar kepada orang tidak terpelajar. Ini bukan bahasa rapi dan bahasa rasmi. Ini bahasa rendah, layak digunakan dalam perhubungan dengan rakan-rakan di luar majlis rasmi, di pasar, di dapur, di perhentian bas, dll. Dalam rancangan rasmi melalui televisyen ke seluruh negara, bahasa pasar tidak wajar digunakan. Menggunakan bahasa pasar ini sangat merendahkan taraf orang yang dilawan bercakap. Tatabahasa sosial yang dilanggar.
situasi:
Dalam sebuah pasaraya, pembawa majlisnya sangat aktif. Namun bahasa yang digunakannya adalah bahasa budaya rendah.
Pengacara: Mari pak long pak long, mak long mak long, mari .....
Pelanggan: Apa yang Encik promosikan?
Pembawa acara: Macam-macam ada, semua ada, jom pak long pak long, tengok product baru we all, murah saja.
Sebenarnya pembawa acara membuat siaran dalam sebuah bangunan pasaraya. Dia menggunakan bahasa pasar dan bukan bahasa baku.
Pada masa ini, ada kecenderungan pengacara televisyen dan radio menggunakan bahasa rojak atau campuran. Bahasa yang bercampur itu adalah bahasa pasar. Bahasa pasar tidak mampu menjadi wahana budaya tinggi. Ada kalanya bahasa mereka bertukar menjadi bahasa slanga, iaitu bahasa yang dituturkan oleh remaja sesama mereka sendiri.
Walaupun bahasa ini ternyata dapat mengkomunikasikan mesej, tetapi bahasa begini bukanlah bahasa tinggi. Bahasa pasar dan bahasa slanga adalah bahasa rendah. Bahasa begini tidak rapi. Ini adalah bahasa rendah yang hanya mampu mengungkapkan budaya rendah. Bahasa begini tidak sepatutnya menjadi bahasa yang digunakan melalui saluran rasmi kerajaan seperti radio dan televisyen, yang sepatutnya menjadi saluran budaya tinggi
BICARA SANG PUTERI: Bahasa melambangkan wajah kita...d(^_^)b
1 comments:
Cikgu Siti mengajar dimana?
Post a Comment