Selalunya perkara yang menjadi isu ialah kalau kita memandang seorang wanita yang berbaju kurung, nampak sopan, penampilan menarik, mesti kita juga akan menganggap budi bahasa dan pertuturannya juga menarik dan bersopan. Tetapi, nampak sahaja berpenampilan cun dan manis, cuba lihat pula cara pertuturannya. Bak kata sesetengah orang,
" muka je cantik, tapi bila bercakap hancus!..." ( bahasa budak-budak zaman sekarang)
Isu ini dibangkitkan semasa aku mengikuti kelas Karya Agung. Pesyarah saya menegur seorang pelajar perempuan yang memberikan respon dengan cara yang tidak sopan. Pada pandangan pensyarah tersebut, pelajar perempuan tersebut cantik dan penampilan menarik, tetapi apabila terkejut dan memberikan respon
" Hah??" dengan reaksi muka yang tidak sopan, agak memalukan bagi mata-mata yang memandang.
Sebenarnya banyak contoh yang kita boleh lihat dalam kehidupan seharian. Terutamanya semasa kita berbual dengan rakan, semasa sesi berbincang dengan pensyarah, semasa membeli kuih di gerai Kak Kiah atau sebagainya. Kadang-kadang perlakuan atau cara berbahasa kurang sopan akan terkeluar secara spontan.
Situasi dalam kelas:
Pensyarah:
Saya nak 10 orang pelajar tadi buat tugasan tentang Sasterawan negara. Syahidah, kamu memilih siapa untuk buat tugasan ni?
Syahidah :
Abdullah Hussain, prof.
Pensyarah :
Anitah, kamu pula memilih siapa sasterawan negara untuk tugasan yang saya beri tadi? kamu kenal dengan Arenawati? tau nama sebenar beliau?
Anitah :
hah?? ( ekperasi muka berkerut-kerut )
Tindakan atau respon Anitah yang secara spontan itu akhirnya ditegur oleh pensyarah. Beliau menasihatkan kepada pelajar perempuan terutamanya agar menjaga adab ketika bercakap sesuai dengan penampilan diri. Bagi sesetengah orang, respon yang diberikan oleh Anitah agak kurang sopan. Sepatutnya Anitah berkata atau menjawab, "
Apa dia prof? saya kurang pasti la nama sebenar Arenawati ".
BICARA SANG PUTERI:
Kami hanya tergelak-gelak melihat kawan kelas kami ditegur oleh pensyarah, tetapi dalam masa yang sama kita perlu mengambil teladan dan pengajaran berdasarkan teguran membina yang diberikan oleh pensyarah sebagai orang yang lebih berpengalaman.....
Terpulang kepada sesiapa untuk mentafsirkan nasihat yang diberikan itu sebagai teguran membina, kritikan atau kutukan...
~ Perlakuan kita dan cara kita berbahasa kadang-kadang melambangkan diri kita sendiri....~ d(^_^)b
0 comments:
Post a Comment