Dalam kehidupan kita, selain ibu bapa dan adik beradik, kita juga kadangkala rapat dengan atuk dan nenek. Rasa seronok apabila dapat berbual-bual sambil bergelak ketawa bersama atuk dan nenek yang suka melayan kerenah cucu-cucu mereka.
Namun, di sini saya ingin mengambarkan beberapa situasi ketika berbual-bual dengan atuk dan nenek. Tidak dapat dinafikan atuk dan nenek kita pandai juga berbahasa Inggeris. Walaupun ada beberapa perkataan bahasa Inggeris disebut tidak betul tetapi menarik pula bagi si pendengar. Itulah yang terjadi bagi penggunaan bahasa yang sukar dikikis kerana sudah menjadi kebiasaan......
Atuk dan Nenek d(^_^)b
Perkataan Inggeris : Government
Atuk : Cu, ko ni apo la malas sangat. Abah ko dulu atuk suruh kojo gomen dia takdo bangkang pun tapi ekau ni banyak cengkadak la.
Perkataan Inggeris : Correct
Nenek : Nek dulu maso sekolah tak ponah dapat pangkah, telingo gajah...cikgu nek semua koret je kojo sekolah nek sampai kono puji kat perhimpunan sekolah.
Perkataan Inggeris : Direct
Atuk : Ekau ni Peah asyik nak kutuk Milah tu jo. kalau ekau tak pueh hati cakap derek la. buek apo ekau nak buek dosa dah tuo-tuo camni.
Perkataan Inggeris : Boyfriend
Nenek : Timah, tadi ada orang nampak cucu aku kat pekan jalan pogang tangan dengan boipren dio.
Perkataan Inggeris : Tension
Atuk : Dollah, eden tau la cucu ko ramai tapi nasihatkan la diorang jangan la buek bising malam-malam. Tensen kepala otak den.
Perkataan Inggeris : Suspense
Atuk : Cerito kat panggung tadi soram botul....buek saspen jo. Nasib baik tak gugur jantung atuk.
Perkataan Inggeris : Action
Atuk : ko tengok tu cu, bilo pengarah tu kata eksen, goli hati atuk nengok telatah Ramlee, Sudin ngan Aziz tu.
BICARA SANG PUTERI: Kadangkala apabila sudah terbiasa, sukar untuk membetulkan penggunaan bahasa dalam kalangan atuk dan nenek kita....dengar dan senyum sahaja semasa berbual-bual dengan mereka.....d(^_^)b
0 comments:
Post a Comment