Salah satu budaya masyarakat ialah memberi salam atau penggunaan kata sapaan ketika berselisih atau berjumpa dengan sesiapa. Cuba anda ikuti situasi di bawah:
Situasi : Di Fakulti Bahasa
Saya pergi ke Fakulti Bahasa kerana ada urusan mengenai tambah kursus Karya Agung di pejabat Fakulti Bahasa. Setelah berurusan dengan kerani, saya perlu berjumpa dengan penasihat akademik untuk mengambil tandatangan dan cop rasmi bagi tujuan pengesahan. Disebabkan bilik penasihat akademik saya berada di tingkat empat, maka saya terpaksa menaiki tangga. Ketika menaiki tangga tersebut, saya berselisih dengan seseorang lelaki agak berumur. Apabila dilihat dari segi penampilan dan gaya seperti seorang pensyarah. Namun, saya agak keliru untuk menggunakan kata sapaan bagi menyapa individu tersebut sebagai tanda berbudi bahasa. Oleh sebab agak keliru dan penat menaiki tangga, saya tidak dapat mengeluarkan kata sapaan malah hanya menggunakan bahasa badan seperti menundukkan sedikit kepala. Ketika itu, saya lihat individu tersebut tidak memberikan respon apa-apa. Mesti individu tersebut menganggap saya selaku pelajar universiti bersikap sombong. Terdetik dalam hati saya bahawa bukan saya sombong tetapi keliru sama ada mahu menggunakan gelaran seperti tuan? encik? doktor? prof?...emm itulah masalah yang dihadapi pelajar, atau sesiapa sahaja apabila mengalami situasi seperti saya tadi. Tetapi tidak dinafikan juga terdapat segelintir masyarakat yang bersikap sombong apabila berselisih dengan sesiapa sahaja.
BICARA SANG PUTERI: Pengajaran buat saya dan sesiapa sahaja, kita hendaklah cekap untuk memilih kata-kata sapaan yang sesuai dan pandai menggunakan kata gelaran apabila bertemu atau berselisih dengan orang yang kita tidak kenali. Sesetengah individu agak sensitif dengan kata gelaran yang diberi. Sebagai contoh, sekiranya bertemu atau terserempak dengan pensyarah lelaki, maka jika keliru gelarannya, gunakanlah panggilan “ Tuan” dan kata sapaan yang betul. Contoh ayat seperti: ' Assalammualaikum, tuan' atau 'Selamat pagi tuan'. Kesantunan berbahasa itu penting…d(^_^)b
ESOK YANG BAHARU COVID 19
4 years ago
0 comments:
Post a Comment