cuba try test....
Situasi: Perbualan bersama rakan serumah
Saya baru membeli sehelai selendang kerana begitu tertarik dengan corak dan warnanya. Di rumah, saya pun bertanya kepada rakan baik saya:
Saya : Senah, ko rasa sesuai tak lau aku pakai selendang ni?
(sambil menunjukkan selendang tersebut)
Senah: Cuba try dulu lah baru tau sesuai ke tak.
Sudah menjadi budaya masyarakat sekarang menggunakan bahasa seperti situasi di atas. Bukankah cuba dan try itu merujuk kepada maksud yang sama tetapi 'cuba' adalah perkataan Bahasa Melayu dan 'try' perkataan Bahasa Inggeris. Kebarangkalian mereka menggunakan bahasa tersebut tanpa disedari kerana sudah terbiasa menggunakannya dalam kehidupan seharian.
BICARA SANG PUTERI: Bukan sahaja masalah percampuran antara kata Bahasa Melayu dengan bahasa asing khususnya bahasa inggeris, malah kadangkala perkataan boleh menjadi leh join dan banyak lagi contoh yang kita dapat perhatikan cara percakapan golongan remaja sekarang....d(^_^)b
0 comments:
Post a Comment