Pada Hari Jumaat ( 21.01.2011), bertempat di Dewan Sri Tanjung, UPSI, telah diadakan seminar mengenai Isu-isu Sosiolinguistik Bahasa Melayu Semasa oleh penceramah Yang Berbahagia Prof. Awang Sariyan ( Pemegang Kursi Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University (BFSU) ). Seminar tersebut anjuran Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI. Seminar itu juga mendapat penerimaan yang baik dari pelajar-pelajar UPSI, terutamanya pelajar semester 6 jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu yang mengambil kursus Sosiolinguistik semester ini
Seminar tersebut menyentuh tentang isu-isu sosiolinguistik bahasa Melayu semasa berkaitan dengan penggunaan bahasa masyarakat dalam kehidupan seharian. Prof. Awang Sariyan memaparkan beberapa isu seperti penggunaan bahasa rojak / bahasa pasar, bahasa dialek, bentuk ringkas, ejaan sewenang-wenangnya dan pelbagai isu yang dibincangkan.
0 comments:
Post a Comment