Kadang-kadang kita suka pergi ke pasar malam terutamanya pada hari minggu kerana dua faktor sama ada sekadar mahu menjamu mata ataupun membeli makanan dan sebagainya. Kita juga sedia maklum bahawa pasar malam merupakan gerai-gerai yang dibuka pada sebelah petang sehingga malam, menjual pelbagai jenis makanan dan barangan. Baiklah, jika kita perhatikan situasi di pasar malam agak bising dengan suara-suara penjual atau peniaga menarik pelanggan untuk membeli makanan atau barangan yang dijual. Para penjual saling bersaing sesama mereka untuk menarik pelanggan singgah dan membeli di gerai mereka. Tanpa kita sedari, kita boleh menilai bahasa-bahasa yang digunakan oleh peniaga-peniaga tersebut ketika berniaga.
Situasi pertama, semasa sahabatku ingin membeli nasi kerabu, peniaga tersebut bercakap menggunakan dialek Kelantan dan kita pastilah dapat membuat kesimpulan awal bahawa penjual nasi kerabu selalunya memang orang Kelantan (^_^).....
Sambil membungkus makanan, peniaga tersebut bertanya kepada kami:
Penjual: belaja lagi ko?
kami : aah, belajar lagi
penjual: belaja mano eh?
kami : dekat-dekat sini je
penjual: UPSI ko?
kami : yer
penjual: dok napok supo pelaja UPSI pon.
supo budok-budok jah.
Comey-comey belako
supo budok-budok jah.
Comey-comey belako
kami : awet muda la (hanya gelak sahaja)
Berdasarkan dialog tersebut, penjual menggunakan bahasa dialek kelantan dan menggunakan ayat untuk mengambil hati pelanggan dan cuba beramah mesra agar esok-esok kita boleh datang lagi untuk membeli nasi kerabu tersebut. .(~_^)...
Situasi kedua pula, ketika kami berjalan-jalan menjamu mata di sekitar pasar malam tersebut, terdapat beberapa peniaga yang cuba menarik perhatian kami untuk singgah ke gerai makanan mereka. Peniaga juga pandai menggunakan ayat retorik semata-mata ingin pelanggan singgah di gerai mereka. Salah satu ayat yang kami terdengar seperti " Hye, manis-manis cik adik semua ni. Marilah singgah sini". Ada juga peniaga yang cuba mengambil hati pelanggan, contohnya ketika membeli buah-buahan di salah sebuah gerai, kawan saya terbatuk-batuk kerana tidak berapa sihat, lalu peniaga tersebut mengeluarkan ayat begini bunyinya, " Makanlah ubat dik, nanti cmne nak baik batuk tu". Sungguh prihatin peniaga tersebut.
BICARA SANG PUTERI: Selalunya penggunaan bahasa oleh para peniaga di pasar malam lebih kepada retorik semata-mata yang berunsur pemujukan untuk menarik perhatian pelanggan agar singgah dan membeli makanan atau barangan yang dijual.Retorik merupakan seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan bertujuan menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. Manakala penggunaan bahasa dialek oleh penjual tersebut berdasarkan asal negeri mereka. Bergantung sama ada pelanggan memahami bahasa dialek yang digunakan oleh peniaga.

1 comments:
ape2 pon..kte jgn mudah tertipu dgn harganye
kualitinye kena betul2 teliti =D
My Recent Post: Geo Lens Superb Untuk Mata
Post a Comment