Seringkali kita mendengar tentang kempen-kempen mengenai ' Budi Bahasa Budaya Kita ' di mana-mana sahaja. Sebenarnya kita dididik dalam kehidupan bermasyarakat ini untuk saling hormat- menghormati dan bertolak- ansur. Salah satu cara melalui perkataan atau perlakuan seperti pepatah Melayu
“Orang berbudi kita berbahasa”
Salah satu cabaran bagi seorang pelajar ialah apabila terpaksa berebut-rebut menaiki bas pergi ke kelas. Bagi saya itu satu cabaran kerana kadang-kadang saya keluar awal ke kelas tetapi akibat berebut-berebut menaiki bas dan apabila terlalu ramai pelajar, terpaksalah tunggu bas seterusnya. Agak tertekan. Tapi apa yang saya ingin tekankan di sini ialah mengenai situasi di dalam bas. Oleh sebab tempat duduk sudah penuh, maka saya terpaksa berdiri di dalam bas tersebut. Semasa sampai di kampus, semua pelajar berebut nak turun. Sudahlah semasa hendak naik bas berebut, hendak turun pun masih nak berebut-rebut juga. Sepatutnya bagilah laluan kepada pelajar yang berdiri itu turun dahulu. Tetapi sebaliknya, mereka yang duduk pula sibuk hendak keluar dahulu. Bukankah cara itu menjadikan keadaan makin sesak. Sambil memberi senyuman, saya berilah laluan kepada seorang gadis untuk keluar kerana saya lihat dia seakan-akan ingin cepat. Tetapi malangnya, tiada ucapan terima kasih keluar dari mulutnya, malah sedikit senyuman pun tidak diberi.
BICARA SANG PUTERI: Sebenarnya dalam kehidupan seharian, kita bukan sahaja banyak menggunakan bahasa lisan sebagai cara untuk berkomunikasi tetapi penggunaan bahasa isyarat atau bahasa badan juga boleh digunakan. Sebagai contoh, bukan sekadar ucapan atau ungkapan bertatasusila diperlukan, tetapi memberi sebuah senyuman atau menundukkan sedikit kepala juga dapat mempamerkan tanda kita berterima kasih.....d(^_^)b
0 comments:
Post a Comment