CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
...PerJalaNan MenGumPuL 1001 PenGaLaMaN hiDuP....

Wednesday, January 26, 2011

:: Situasi 6: Rasa Hendak Menangis Baca Karangan Anak Murid!! ::

Kenapa tajuk situasi kali ini berbunyi seakan-akan nada marah atau sedih? Tetapi sebenarnya bagi saya pula amat lucu sekali apabila membaca karangan yang ditunjukkan oleh makcik saya yang juga merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Muar. Saya ketawa sampai menitis air mata disebabkan tidak tahan membaca isi karangan seorang pelajar.

~contoh karangan bertajuk: Terima Kasih Datuk~
Mungkin tidak berapa jelas isi karangan tersebut. Di sini saya paparkan semula isi karangan yang pelajar tersebut:

Terima Kasih Datuk
Pada suatu hari, saya ikut datuk saya pigi sawah. Kerana datuk saya mau pigi tingu manatau t kering sudah. Nanti kang makin suruk nanti tu akar padi dia bilang. Selepas itu, saya pun jalan-jalan di sawah. Punya saya tekajut, dekat sudah saya terinjak seketul ular yang telampau betul besar. Saya pun palan-palan gustan. Tapi ular itu tedengar saya tekantut. Terus dia tingu saya. Buduh kenapa saya bulih tekantut ni? Itulah sepa suruh mama saya kasi makan saya telur tadi pagi. Tingu nga saya tekantut.
          Saya sangat takut. Punyalah saya begagar. Saya tidak semua dapat bercakap. Saya takut kalau ular itu bubut saya macam yang kerabau dulu. Matilah ni. Saya nampak ular itu bejalan sudah pigi tempat saya. Saya pun sembahyang. Harap-harap ada tikus supaya tu ular pigi tangkap trus, saya boleh lari. Tapi teda juga tikus. Nasib baik datuk saya datang dan memukul ular itu. Terima kasih datuk.

P/S: Sila baca dan hayati tulisan yang berwarna merah...d(~_^)b
Begitulah isi karangan tersebut. Memang kelakar apabila kita membacanya, tetapi bagi seorang guru yang menanda karangan pelajar, rasa seperti ingin menangis memandangkan penggunaan bahasa yang digunakan amat teruk. Inilah masalah bagi pelajar bukan Melayu seperti Cina, India atau bangsa lain untuk membina karangan yang baik dari segi penggunaan bahasa.

BICARA SANG PUTERI: Rasa-rasanya pelajar tu berbangsa apa? agak keliru untuk meneka memandangkan bahasa yang digunakan bercampur-aduk....hehe..d(^_^)b

0 comments:

Post a Comment